Selamat Datang Di Blog Yang sederhana,mau tau yang lebih hot? Klik disni Ya!! Terima Kasih

Jumat, 19 Juni 2009

Cara Melajukan Loading Di WordPress

Plugin WP Yang Dapat Melajukan Loading Blog WP anda.

Selepas beberapa hari saya bermain dengan blog WordPress (WP), saya rasa lebih elok jika saya kongsikan beberapa ilmu yang saya tahu mengenai WP ini. Tetapi sedikit sahajalah kerana saya pun masih baru didalam WP ni.

Beberapa plugin yang saya minat didalam WP ini dapat membantu anda. Saya ada menggunakan plugin WP super cache. Plugin ini dapat membantu anda dari segi kelajuan loading page WP anda.

Jika anda menggunakan Blog WP, saya syorkan anda install plugin ini. Anda boleh download plugin WP Super Cache ini disini.
Cara untuk setting plugin ini begitu ringkas sekali. Ianya seperti ini,


1. Anda download plugin tersebut.
2. Anda upload ke file plugin di hosting anda.(upload menggunakan FTP).
3. Anda pergi ke dashboard WP anda, dan pergi ke bahagian plugin.
4. Anda aktifkan plugin WP supercache ini.
5. Selepas anda aktifkan, anda perlu enablekan pula WP super cache ini.

Cara enablekan WP super cache ini, anda lihat di menu setting(dashboar admin WP), nanti anda akan nampak WP super Cache. Anda klik padanya dan anda akan masuk kedalam bahagian setting WP supercache.

Anda hanya perlu pilih butang ON pada setting tersebut dan klik UPDATE STATUS. Setting yang lain anda boleh abaikan. Dan sekarang, cuba anda load blog WP anda. Sepatutnya ianya lebih pantas daripada asal(sebelum install WP super cache).

Saya telah mencubanya di blog Buat duit Di Internet saya, tidak percaya? cubalah load blog saya, lihat blog siapa lebih laju.. hehe..

Jika masih kurang laju juga, saya rasa anda perlu semak blog WP anda itu. Kebiasaannya script berjenis java akan membuatkan loading blog tersebut menjadi lama. Jika terlalu banyak javascript di page utama blog anda, saya syorkan anda kurangkan sedikit. Jika terlalu banyak, ianya akan berat seperti blog tutorial saya ini.

Sya sendiri sedang mengusahakan supaya loading blog tutorial ini lebih pantas. Mungkin saya akan buang widget feedjit dan juga widget twitter, nanti anda lihatlah sendiri perbezaannya.

Okey, anda cubalah cara ini. Ini dapat membantu anda serba sedikit.

"Belajar sedikit lebih baik berbanding belajar banyak"

Jika belajar terlalu banyak ilmu dalam satu masa, nanti overload pulak.. hehe..

Source : http://solehpolysas.blogspot.com


Comments :

0 komentar to “Cara Melajukan Loading Di WordPress”

Posting Komentar

Bawah Menarik


free widget
 
© free template by Businnes succes